Isnin, 11 November 2013

Waiting You Mr.! Bab 1

          Aku mencapai segelas susu setelah menghabiskan dua keping roti bakar yang disediakan oleh Datin Dr. Nazzaurah  Fred merangkap mamaku yang tercinta. Hesyh.. Mana papa ni? Dah pukul enam empat puluh dah ni... Dahla rumah aku ni jauh dari sekolah. Nanti tak fasal-fasal nama aku ada dalam senarai nama pelajar datang lewat. Jatuh la reputasi baik aku nanti! Kepala sudah terjenguk-jenguk . Berharap bayangan papa muncul di sebalik dinding.
         "Mama, papa mana? Rin dah lambat ni..." Kataku sedikit kepada rengekan. Sesekali mata mengerling jam di pergelangan tangan. Mama yang sedang menuang air teh susu ke dalam cawan meletakkan teko Vintaggenya ke atas meja kemudian merenungku. Aduh...! Boleh terbelah dua badan aku macam ni! Tajamnya pandangan mata mama...!
           "Sekejap lagi papa turunlah tu. Be patient, please. Macam kamu sorang aje yang perlu cepat ."Aku menarik muncung. Heh! Orang tahulah...
          "Hah! Tengoklah tu...! Pantang cakap sikit... dia tarik muncung Donald Duck dia tu. Sekali mama potong muncung tu nanti... Baru tahu!" Mama berkata sambil menunjukkan sebilah pisau Victorinox yang digunakan untuk memotong roti. Toleh sekali, tak scary langsung. Toleh dua kali, boleh kecut perut aku melihatnya. Macamlah aku tak kenal dengan mama. Dia buat apa yang dia maksudkan!
              "Yelah..." Mengalah .
         Tiba-tiba papa muncul lalu duduk di kepala meja, tempat yang selalu dia gunakan apabila kami berada di ruang makan."Rin , sorry eh? Papa tak dapat hantar Rin pergi sekolah hari ni. Sekejap lagi papa kena bertolak ke JB. Papa dah call Uncle Musa, minta dia hantarkan Rin sekali dengan Danial. Sekejap lagi mereka sampai."
             Air susu yang baru mengalir masuk ke dalam mulut ke dalam mulut, menyembur keluar semula. Aduh... Haru! Pergi sekolah dengan Danial Haziq? Perangai kami yang tak ubah seperti anjing dengan kucing nak berkongsi kereta ke sekolah? Tak dapat dijangkakan  bagaimana perang kali ini akan meletus.
             "Astargfirullah hal azim... Kamu ni kenapa ,Rin? Sampai menyembur air susu tu. Pengotor betullah kamu ni!" Bebel mama. Aku tersenyum sumbing."Kak Mon, tolong ambilkan kain lap!" Arah mama kepada Kak Mon, pembantu rumah kami.
              Aku mengambil sehelai napkin yang tersusun kemas di sebelah pinggan lalu mengelap mulut. "Rin tak mahulah pergi sekolah dengan Abang Danial, papa... Rin pergi sekolah dengan mama ajalah. Boleh kan , mama?" Segera aku pandang muka mama. Inilah masanya aku praktikkan 'skill muka sepuluh sen'ku. Dah lama tak buat. Harap-harap masuk 'umpan'.
               "Tak boleh. Mama ada appointment dengan patient mama kejap lagi. Pergi ajalah dengan Uncle Mus tu . Rin kan dah biasa dengan dia." Aku mencebik .Huh! Dan tak jalan dah nampaknya skill aku tu.
                 "Rin memanglah dah biasa dengan Uncle Mus tu. Rin dah anggap dia macam papa Rin sendiri. Tapi bukan dengan Abang Danial. Papa dan mama tahukan perangai kami macam mana? Rin pergi dengan Myra ajalah, eh?" Rasa-rasanya Myra baru aja bertolak dari rumahnya. Sempat lagi kut kalau aku tumpang dia...
                   "Jangan nak mengada-ngada. Pergi ajalah dengan Uncle Mus tu. Jangan cari nahas dengan Danial sudah. Papa bukan tak kenal dengan kamu berdua ni, pantang bertembung... asyik berperang aja. Baik-baik akhlak tu, Rin . Jangan malukan papa dan mama."Papa memprotes sambil memberi 'tazkirah pagi'. Hmm... tak fasal-fasal dapat dengar tazkirah pagi-pagi begini...
                   "Yelah,yelah... Rin janji akan jadi budak baik pagi ni. Tapi... Tapi ,tau! Tapi! Kalau ... if...! Abang Danial mulakan perang dulu, Rin takkan teragak-agak nak isytiharkan perang. Okey?" Sengaja aku tekankan perkataan teragak-agak. Untuk makluman sesiapa... aku memang jenis yang pantang dicabar. Harap maklum! Mama dan papa hanya menggelengkan kepala.
                  "Ada- ada ajalah kamu ni, Rin. Papa pergi dulu. Bye! Assalamualaikum..."Mama pantas menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan papa. Usai sahaja mereka bersalaman , papa terus memeluk mama lalu mengucup dahi mama. Mesra. Alahai... Sweetnya mereka ni...
                 Hilang sahaja kereta papa dari pandangan mata, kedengaran hon kereta yang sangat kukenali dari luar. Mereka sudah sampai agaknya. aku bergegas menyandang beg dan mengucup tangan mama. Mengambil restu daripada mama agar ilmu yang akan kupelajari nanti akan lebih diberkati.

KENAPA semua orang daripada tadi asyik pandang aku semacam aja? Hodoh sangat ke aku hari ni sampai ada yang tersenyum-senyum? Ketawa pun ada... Dalam kekeliruan itu aku juga turut memanjatkan syukur kerana Danial tidak mengadakan perang hari ni... Kan bagus kalau macam ni selalu. Cuma yang peliknya ... dia tersenyum aja sampai sekolah. Sengihkan ape pun aku tak tahu... 
                 Aku berjalan masuk memasuki kelasku yang berada di blok paling belakang dengan hati yang serba tak kena. Kenapa dengan semua orang hari ni? Tersenyum -senyum. Sesiapa, tolong saya! Tolong beritahu saya kenapa semua orang macam ni hari ini!! Jerit hati kecilku. Myra, Aida, dan Lydia yang menyedari kehadiranku segera menerpa.
                 "Kau 'cuti' ke hari ni?" Myra bertanya separuh berbisik. Cuti? Aku kan sekolah hari ni. tu yang aku ada kat sini. Takkan tu pun lambat sangat nak pick up?
                 "Aku sekolahla tu yang aku ada kat sini. Agaklah weh... kalau nak tanya pun. Cubalah tanya soalan matured sikit. Ni tak... soalan budak darjah satu kau tanya aku."
                 "Hish! Kau ni...! Bukan cuti tula ...tapi cuti bulanan. ABC,ABC."Ujar Aida. Oh... Okey, aku faham.
                 "Tak adalah... Kenapa?"Riak wajah mereka berubah. Seperti simpati. Simpatikan siapa?
                 "Mari ikut kami..."Kata Lydia. Aku ditarik ke belakang kelas.Di situ terdapat sebuah cermin yang panjang. Belakangku dihadapkan ke cermin itu.
                 OH MY ALLAH!!! Rasa macam nak meraung aja kat sini. Macam mana benda ni boleh ada kat sini? Ada tompokan berwarna merah pekat di 'belakang'ku. Aku colitkannya sedikit di tanganku. Ambil bau. Sos tomato bercampur serbuk koko. Setahu aku masa aku pakai baju ni tak ada pulak benda ni kat sini. Takkanla Mak Mon nak sabotaj aku? Hish... Tak mungkin. Hah!!! Aku tahu ni kerja siapa! Siaplah kau!!!
                 "Kau okey tak ni, Rin?" Aida bertanya. Prihatin sekali.
                 "Hah! A... Aku o... Okey...." Nafiku. Argh!!! Malunya!!!
                 "Dah. Jom pergi tandas. Cuci benda tu. Aida, kau back up belakang. Aku dan Lydia back up tepi." Arah Myra. Yang lain hanya mengangguk. Mematuhi arahan itu.
                 "Kenapa aku rasa macam nak menangis tak berlagu ni? Mana taknya kalau aku nak menangis tak berlagu pun... Hampir satu sekolah lihat benda yang memalukan tu. Mana aku nak letak muka? Aku dahla pelajar terbaik dalam kelas 2 Anugerah yang terkenal dengan kepandaian pelajar-pelajar di kelas itu. Mahu satu sekolah kenal aku. Tak lama lagi pasti gempar satu sekolah!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Harap korang yang baik-baik belaka ni komen.
 
 
 
 
 
 
  

 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan