Sabtu, 22 Februari 2014

Waiting You, Mr.! Bab 2

          Kringgg!!!
Loceng waktu rehat sudah berbunyi. Buku teks Matematik dan buku latihan kututup. Kalkulator kumatikan. Alat-alat tulis yang berselerak pula kusimpan.
          Selepas mengucapkan ucapan 'Alhamdulillah dan terima kasih' secara beramai-ramai kepada Puan Zurina yang menawan, aku, Myra, Lydia dan Aida mula bergerak ke kelas 5 Sains Anugerah. Sambil berjalan kami mematah-matahkan jari-jemari kami. Serius kami tak ubah seperti pembuli di sekolah. Pembuli-pembuli yang rupawan. Bukan masuk bakul angkat sendiri tau!
           Myra Arlissa, gadis kacukan Melayu-Cina. Begitu juga dengan Aida Mellissa. Sebenarnya, Myra dan Aida kembar tetapi tidak seiras. Aida kakak manakala Myra adik. Personaliti mereka begitu berbeza . Myra peramah tetapi Aida sedikit pendiam. Lydia Qaisara pula Melayu kacukan Mamak. Yang peliknya Lydia putih. Mungkin ikut ibunya. Aku? Aku Irina Aleesya. Grandpa sebelah mama berbangsa Irish, grandma pula Arab. Wajahku banyak iras mama berbanding papa yang berbangsa Melayu so... faham kan maksud aku? Aku tak suka berbangga diri. Itu bukan caraku.
           Sebaik saja kami tiba, kelihatan Puan Azwa masih belum menamatkan sesi pembelajaran. Mesti subjek Sejarah sekarang ni. Banyak nama dan tarikh yang bersejarah Puan Azwa sebutkan. Sementara menunggu kelas Danial tamat, kami menyandar di dinding sambil berborak mengenai kerja rumah yang cikgu berikan tadi . 
            Selepas 5 minit menunggu, akhirnya Puan Azwa keluar bermakna kelas sudah tamat. Pelajar-pelajar yang lain juga berpusu keluar. Mana taknya mereka berpusu-pusu keluar... waktu rehat tinggal beberapa minit saja lagi... Kami menunduk sedikit sambil memberi salam kepada Puan Azwa tanda hormat apabila beliau melalui kami. Tapi tak sangka pula Puan Azwa berhenti di hadapan kami.
            "Rin." Puan Azwa menegurku. Aku pantas mengangkat wajah.
            "Ya, puan..." Aku menyahut panggilannya. Kenapa ni...? Aku ada buat salah ke...? Aku sudah kalut. Puan Azwa ni boleh tahan juga garangnya.
            "Tadi cikgu dengar sesuatu yang memalukan terjadi pada kamu. Betul ke?"Tanya Puan Azwa. Emosiku tiba-tiba merudum. Myra menepuk bahuku perlahan. Menyalurkan semangat untukku berkata. Mugkin dia perasan akan perubahan emosiku.
            "Erm... Seperti yang cikgu dengar... Tapi cikgu jangan salah faham. 'Benda' tu bukan bocor, cikgu... Tapi saya terdudukan sos, tu yang jadi macam tu. Erm... Cikgu dengar daripada siapa?" Tuturku. Puan Azwa terangguk-angguk mendengarkan penjelasan yang diberikan.
            "Cikgu dengar daripada budak-budak tadi." Puan Azwa pula menepuk bahuku."Sabar ye, Rin?Buat dek je kalau ada orang ejek kamu. Cikgu pergi dulu."
            "Insya-Allah, cikgu. Terima kasih. Assalamualaikum."Aku melemparkan senyuman. Puan Azwa membalas salam dan senyumanku sebelum berlalu.
             Danial yang masih berada di dalam kelas kukerling sekilas. Permainan yang kau mulakan  akan bermula sekarang, Danial. Aku melangkah masuk ke dalam kelas sambil membetulkan ikatan rambut. Rakan- rakanku yang lain hanya berdiri di luar kelas. Cover line.
             Aku tersenyum sinis lantas mematikan langkah. Kelihatan Danial dan Kak Farahana sedang mengulangkaji pelajaran. Rajinnya dia... Awek dia pun sama... Rajin! Sedar pulak diri tu nak SPM tahun ni. Tapi masih sempat pulak ek dia nak malukan aku? Aku berdehem. Ingin meraih perhatian mereka. Tapi hanya Kak Farahana yang menoleh. Danial tidak.
              "Fara... Tolong dengar apa yang Haz cakap ni... Pedulikan 'gangguan-gangguan' yang tak baik semasa kita sedang belajar."Gesa Danial kepada Kak Farahana. Kak Fara mengangkat bahu lalu menumpukan perhatian semula kepada Danial yang sedang membincangkan topik pelajaran.
              Darah sudah meluap-luap. Dia gelarkan aku gangguan yang tak baik?!! Memang nak kena mamat sorang ni."Ehem...! Assalamualaikum Kak Farahana. Boleh Rin cakap sekejap tak dengan seorang mahluk Allah yang perangai entah apa-apa ni?" Sengaja aku tekankan 'mahluk Allah yang perangai entah apa-apa'. Biar Danial terasa sikit. Tapi riak muka Danial masih selamba memang buat aku rasa macam nak ramas-ramas aje badan dia macam perah santan.
               Kak Farahana menggangguk kemudian berdiri." Waalaikumussalam.Yeah... Sure you can. Anyway, Rin... Is it true that... you... you... Hihihi... " Kak Farahana berkata dengan lagak yang sangat gedik. Menyampah aku tengok.
               "Yeah...  It's true. But, kak... Can you please don't ask me that question again? I really hate to hear it." Belum sempat Kak Farahana meneruskan pertanyaan, aku sudah memintas. Aku tahu apa yang dia mahu tanya kepadaku. Apalagi kalau bukan pasal pagi tadi kan?
               "Erm... Sorry to say... Kau kan dah masuk form 2, dah nak masuk form 3  dah. Takkan pakai pad pun tak tahu? Lain kali... kalau nak pakai tu suruh orang gaji kau pakaikan. Lagi senang kau suruh mama kau tu je yang pakaikan. Kau tu kan anak emak... Nanti tak adalah benda tu berlaku lagi." Sinis sindiran Kak Farahana. Danial sudah mengekek ketawa. 
                Aku hanya berdiam diri. Bukan tak nak membalas cuma malas nak melayan orang yang berfikiran senteng seperti mahluk Allah yang berada di hadapanku ini. Memang sepadan sangat perempuan ni bergandingan dengan Danial. Dua-dua perangai macam... Malas aku nak maki. Tak pasal-pasal dapat dosa. 
                "Thanks for your advice, Kak Fara. Lain kali kalau saya nak pakai, saya akan suruh mama saya pakaikan. Atau Kak Fara yang nak pakaikan? Haahlah... Kak Fara belum period lagi. Mesti tak tahu pakai. Tengok perangai je pun dah tahu. Tak matang lagi. Kesian..!"Kali ini pula aku menyindirnya. Kak Fara sudah sentap. Kedengaran tawa dari luar. Siapa lagi yang ketawa kalau bukan geng aku. Puas hati aku! Kau ingat aku siapa? Senang-senang aja kau nak perlekehkan aku. Hahaha...
                 Kak Fara akhirnya beredar dengan muka yang macam ayam berak kapur. Aku tersenyum sinis. Okey. Masa untuk uruskan pasangan Kak Fara pula. Kerusi yang berada di hadapan meja Danial kutarik lantas kulabuhkan duduk di situ. Buku rujukan Kimia yang berada di tangan Danial kurampas kasar lalu kututup. Danial sudah bengang. Tapi apa aku kesah? Aku lagi bengang!
                 "Hi, Danial. So, macam mana rasa dapat malukan orang? Mesti best kan?" Aku bertanya dengan senyuman mekar di bibir. Danial membalas senyuman dengan senang hati.
                 "Haah. Rasa best sangat. Rasa puas dapat malukan orang macam kau. Bagi aku, ia seperti satu kenikmatan. Kau pulak... Macam mana rasa dimalukan?"Ujar Danial sambil memeluk badan. Senyuman sudah mekar di bibir merahnya. Ni bikin gua panas ni...!
                 Meja Danial kutumbuk. Kuat. Auch...! Sakit! Tapi hati aku lagi sakit."Nak tahu macam mana aku rasa bila dimalukan? Hmm... Aku tak rasa apa-apa sebab aku tak pernah malukan kau. Tapi... daripada tadi aku tertanya-tanya, kenapa kau malukan aku? Sedangkan aku tak pernah malukan kau. Kenapa?"Hilang sudah 'awak-saya' yang selalu kugunakan sebagai kata ganti nama diri. 
                 "Leesya... Leesya... Hmm... Takkan kau tak tahu impian aku selama ni...?" Danial berkata sambil melemparkan senyuman jahat.
                 "Impian kau? Seems do I care? Impian kau ada kena-mengena ke dengan aku? Tak kan?" Ada aku kesah ke dengan impian dia? Bukan masuk exam pun impian dia tu. Huh...
                 "Seems do you care? Hmm... Mulai sekarang kau kena tahu. Satu, impian aku ialah menjadi pewaris EMPIRE GROUP yang berjaya. Dua, jadi anak yang soleh. Dan yang terakhir, malukan dan sakitkan hati kau. Clear?" Danial merampas semula buku rujukan Kimianya. Aku terdiam.
                  "Semua benda kita buat bersebab. So, apa sebab kau kaitkan impian kau dengan aku? Aku tak buat apa-apa pun. Aku tak ada menyusahkan engkau. Jadi apa motif kau buat aku macam ni? And one more thing... Apa yang kau buat hari ni bukan setakat malukan aku. Ini dah masuk maruah aku. Hampir satu sekolah Danial... Satu sekolah nampak benda yang memalukan tu! Mana aku nak letak muka...?" Nada suara sudah bertukar nada.
                  Danial hanya memandangku tanpa riak. Seperti tiada langsung rasa bersalah dalam hatinya. "Em... Satu sekolah? Wah...! Bagus! Tak sia-sia aku calitkan benda tu kat belakang kau. Pasal kat mana kau nak letak muka tu... pandai-pandai kau lah. Itu bukan masalah aku. Caw, dulu." Danial terus membuka langkah. Meninggalkanku dengan linangan air mata yang bila-bila masa akan menitis.
                   Muka kusembamkan ke meja. Air mata mula menitis. Sedih! Malu! Semua rasa bercampur baur menjadi satu. Tak apa Danial... Satu hari nanti kau pula yang akan rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Aku yakin Allah maha adil!!
                  Bahuku terasa disentuh. Perlahan-lahan aku mengangkat muka. Mereka tersenyum. "Sabar ya, kawan? Kami selalu ada untuk kau. Tak kiralah masa susah ke, masa senang ke... InsyaAllah kami akan selalu ada."Kata Myra. Rakan-rakanku yang lain mengangguk.
               "Alamat ajalah Danial tu senior kita. Kalau tak... Dah lama aku kerat-kerat badan dia, bagi makan anjing. Senang cerita!"Ujar Lydia dengan penuh rasa geram. Berkerut-kerut dahinya ketika berkata-kata. Aku hanya tersenyum pilu. Mereka terlalu memahami diri ini...