Sabtu, 22 Februari 2014

Waiting You, Mr.! Bab 2

          Kringgg!!!
Loceng waktu rehat sudah berbunyi. Buku teks Matematik dan buku latihan kututup. Kalkulator kumatikan. Alat-alat tulis yang berselerak pula kusimpan.
          Selepas mengucapkan ucapan 'Alhamdulillah dan terima kasih' secara beramai-ramai kepada Puan Zurina yang menawan, aku, Myra, Lydia dan Aida mula bergerak ke kelas 5 Sains Anugerah. Sambil berjalan kami mematah-matahkan jari-jemari kami. Serius kami tak ubah seperti pembuli di sekolah. Pembuli-pembuli yang rupawan. Bukan masuk bakul angkat sendiri tau!
           Myra Arlissa, gadis kacukan Melayu-Cina. Begitu juga dengan Aida Mellissa. Sebenarnya, Myra dan Aida kembar tetapi tidak seiras. Aida kakak manakala Myra adik. Personaliti mereka begitu berbeza . Myra peramah tetapi Aida sedikit pendiam. Lydia Qaisara pula Melayu kacukan Mamak. Yang peliknya Lydia putih. Mungkin ikut ibunya. Aku? Aku Irina Aleesya. Grandpa sebelah mama berbangsa Irish, grandma pula Arab. Wajahku banyak iras mama berbanding papa yang berbangsa Melayu so... faham kan maksud aku? Aku tak suka berbangga diri. Itu bukan caraku.
           Sebaik saja kami tiba, kelihatan Puan Azwa masih belum menamatkan sesi pembelajaran. Mesti subjek Sejarah sekarang ni. Banyak nama dan tarikh yang bersejarah Puan Azwa sebutkan. Sementara menunggu kelas Danial tamat, kami menyandar di dinding sambil berborak mengenai kerja rumah yang cikgu berikan tadi . 
            Selepas 5 minit menunggu, akhirnya Puan Azwa keluar bermakna kelas sudah tamat. Pelajar-pelajar yang lain juga berpusu keluar. Mana taknya mereka berpusu-pusu keluar... waktu rehat tinggal beberapa minit saja lagi... Kami menunduk sedikit sambil memberi salam kepada Puan Azwa tanda hormat apabila beliau melalui kami. Tapi tak sangka pula Puan Azwa berhenti di hadapan kami.
            "Rin." Puan Azwa menegurku. Aku pantas mengangkat wajah.
            "Ya, puan..." Aku menyahut panggilannya. Kenapa ni...? Aku ada buat salah ke...? Aku sudah kalut. Puan Azwa ni boleh tahan juga garangnya.
            "Tadi cikgu dengar sesuatu yang memalukan terjadi pada kamu. Betul ke?"Tanya Puan Azwa. Emosiku tiba-tiba merudum. Myra menepuk bahuku perlahan. Menyalurkan semangat untukku berkata. Mugkin dia perasan akan perubahan emosiku.
            "Erm... Seperti yang cikgu dengar... Tapi cikgu jangan salah faham. 'Benda' tu bukan bocor, cikgu... Tapi saya terdudukan sos, tu yang jadi macam tu. Erm... Cikgu dengar daripada siapa?" Tuturku. Puan Azwa terangguk-angguk mendengarkan penjelasan yang diberikan.
            "Cikgu dengar daripada budak-budak tadi." Puan Azwa pula menepuk bahuku."Sabar ye, Rin?Buat dek je kalau ada orang ejek kamu. Cikgu pergi dulu."
            "Insya-Allah, cikgu. Terima kasih. Assalamualaikum."Aku melemparkan senyuman. Puan Azwa membalas salam dan senyumanku sebelum berlalu.
             Danial yang masih berada di dalam kelas kukerling sekilas. Permainan yang kau mulakan  akan bermula sekarang, Danial. Aku melangkah masuk ke dalam kelas sambil membetulkan ikatan rambut. Rakan- rakanku yang lain hanya berdiri di luar kelas. Cover line.
             Aku tersenyum sinis lantas mematikan langkah. Kelihatan Danial dan Kak Farahana sedang mengulangkaji pelajaran. Rajinnya dia... Awek dia pun sama... Rajin! Sedar pulak diri tu nak SPM tahun ni. Tapi masih sempat pulak ek dia nak malukan aku? Aku berdehem. Ingin meraih perhatian mereka. Tapi hanya Kak Farahana yang menoleh. Danial tidak.
              "Fara... Tolong dengar apa yang Haz cakap ni... Pedulikan 'gangguan-gangguan' yang tak baik semasa kita sedang belajar."Gesa Danial kepada Kak Farahana. Kak Fara mengangkat bahu lalu menumpukan perhatian semula kepada Danial yang sedang membincangkan topik pelajaran.
              Darah sudah meluap-luap. Dia gelarkan aku gangguan yang tak baik?!! Memang nak kena mamat sorang ni."Ehem...! Assalamualaikum Kak Farahana. Boleh Rin cakap sekejap tak dengan seorang mahluk Allah yang perangai entah apa-apa ni?" Sengaja aku tekankan 'mahluk Allah yang perangai entah apa-apa'. Biar Danial terasa sikit. Tapi riak muka Danial masih selamba memang buat aku rasa macam nak ramas-ramas aje badan dia macam perah santan.
               Kak Farahana menggangguk kemudian berdiri." Waalaikumussalam.Yeah... Sure you can. Anyway, Rin... Is it true that... you... you... Hihihi... " Kak Farahana berkata dengan lagak yang sangat gedik. Menyampah aku tengok.
               "Yeah...  It's true. But, kak... Can you please don't ask me that question again? I really hate to hear it." Belum sempat Kak Farahana meneruskan pertanyaan, aku sudah memintas. Aku tahu apa yang dia mahu tanya kepadaku. Apalagi kalau bukan pasal pagi tadi kan?
               "Erm... Sorry to say... Kau kan dah masuk form 2, dah nak masuk form 3  dah. Takkan pakai pad pun tak tahu? Lain kali... kalau nak pakai tu suruh orang gaji kau pakaikan. Lagi senang kau suruh mama kau tu je yang pakaikan. Kau tu kan anak emak... Nanti tak adalah benda tu berlaku lagi." Sinis sindiran Kak Farahana. Danial sudah mengekek ketawa. 
                Aku hanya berdiam diri. Bukan tak nak membalas cuma malas nak melayan orang yang berfikiran senteng seperti mahluk Allah yang berada di hadapanku ini. Memang sepadan sangat perempuan ni bergandingan dengan Danial. Dua-dua perangai macam... Malas aku nak maki. Tak pasal-pasal dapat dosa. 
                "Thanks for your advice, Kak Fara. Lain kali kalau saya nak pakai, saya akan suruh mama saya pakaikan. Atau Kak Fara yang nak pakaikan? Haahlah... Kak Fara belum period lagi. Mesti tak tahu pakai. Tengok perangai je pun dah tahu. Tak matang lagi. Kesian..!"Kali ini pula aku menyindirnya. Kak Fara sudah sentap. Kedengaran tawa dari luar. Siapa lagi yang ketawa kalau bukan geng aku. Puas hati aku! Kau ingat aku siapa? Senang-senang aja kau nak perlekehkan aku. Hahaha...
                 Kak Fara akhirnya beredar dengan muka yang macam ayam berak kapur. Aku tersenyum sinis. Okey. Masa untuk uruskan pasangan Kak Fara pula. Kerusi yang berada di hadapan meja Danial kutarik lantas kulabuhkan duduk di situ. Buku rujukan Kimia yang berada di tangan Danial kurampas kasar lalu kututup. Danial sudah bengang. Tapi apa aku kesah? Aku lagi bengang!
                 "Hi, Danial. So, macam mana rasa dapat malukan orang? Mesti best kan?" Aku bertanya dengan senyuman mekar di bibir. Danial membalas senyuman dengan senang hati.
                 "Haah. Rasa best sangat. Rasa puas dapat malukan orang macam kau. Bagi aku, ia seperti satu kenikmatan. Kau pulak... Macam mana rasa dimalukan?"Ujar Danial sambil memeluk badan. Senyuman sudah mekar di bibir merahnya. Ni bikin gua panas ni...!
                 Meja Danial kutumbuk. Kuat. Auch...! Sakit! Tapi hati aku lagi sakit."Nak tahu macam mana aku rasa bila dimalukan? Hmm... Aku tak rasa apa-apa sebab aku tak pernah malukan kau. Tapi... daripada tadi aku tertanya-tanya, kenapa kau malukan aku? Sedangkan aku tak pernah malukan kau. Kenapa?"Hilang sudah 'awak-saya' yang selalu kugunakan sebagai kata ganti nama diri. 
                 "Leesya... Leesya... Hmm... Takkan kau tak tahu impian aku selama ni...?" Danial berkata sambil melemparkan senyuman jahat.
                 "Impian kau? Seems do I care? Impian kau ada kena-mengena ke dengan aku? Tak kan?" Ada aku kesah ke dengan impian dia? Bukan masuk exam pun impian dia tu. Huh...
                 "Seems do you care? Hmm... Mulai sekarang kau kena tahu. Satu, impian aku ialah menjadi pewaris EMPIRE GROUP yang berjaya. Dua, jadi anak yang soleh. Dan yang terakhir, malukan dan sakitkan hati kau. Clear?" Danial merampas semula buku rujukan Kimianya. Aku terdiam.
                  "Semua benda kita buat bersebab. So, apa sebab kau kaitkan impian kau dengan aku? Aku tak buat apa-apa pun. Aku tak ada menyusahkan engkau. Jadi apa motif kau buat aku macam ni? And one more thing... Apa yang kau buat hari ni bukan setakat malukan aku. Ini dah masuk maruah aku. Hampir satu sekolah Danial... Satu sekolah nampak benda yang memalukan tu! Mana aku nak letak muka...?" Nada suara sudah bertukar nada.
                  Danial hanya memandangku tanpa riak. Seperti tiada langsung rasa bersalah dalam hatinya. "Em... Satu sekolah? Wah...! Bagus! Tak sia-sia aku calitkan benda tu kat belakang kau. Pasal kat mana kau nak letak muka tu... pandai-pandai kau lah. Itu bukan masalah aku. Caw, dulu." Danial terus membuka langkah. Meninggalkanku dengan linangan air mata yang bila-bila masa akan menitis.
                   Muka kusembamkan ke meja. Air mata mula menitis. Sedih! Malu! Semua rasa bercampur baur menjadi satu. Tak apa Danial... Satu hari nanti kau pula yang akan rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Aku yakin Allah maha adil!!
                  Bahuku terasa disentuh. Perlahan-lahan aku mengangkat muka. Mereka tersenyum. "Sabar ya, kawan? Kami selalu ada untuk kau. Tak kiralah masa susah ke, masa senang ke... InsyaAllah kami akan selalu ada."Kata Myra. Rakan-rakanku yang lain mengangguk.
               "Alamat ajalah Danial tu senior kita. Kalau tak... Dah lama aku kerat-kerat badan dia, bagi makan anjing. Senang cerita!"Ujar Lydia dengan penuh rasa geram. Berkerut-kerut dahinya ketika berkata-kata. Aku hanya tersenyum pilu. Mereka terlalu memahami diri ini...
  

Isnin, 11 November 2013

Waiting You Mr.! Bab 1

          Aku mencapai segelas susu setelah menghabiskan dua keping roti bakar yang disediakan oleh Datin Dr. Nazzaurah  Fred merangkap mamaku yang tercinta. Hesyh.. Mana papa ni? Dah pukul enam empat puluh dah ni... Dahla rumah aku ni jauh dari sekolah. Nanti tak fasal-fasal nama aku ada dalam senarai nama pelajar datang lewat. Jatuh la reputasi baik aku nanti! Kepala sudah terjenguk-jenguk . Berharap bayangan papa muncul di sebalik dinding.
         "Mama, papa mana? Rin dah lambat ni..." Kataku sedikit kepada rengekan. Sesekali mata mengerling jam di pergelangan tangan. Mama yang sedang menuang air teh susu ke dalam cawan meletakkan teko Vintaggenya ke atas meja kemudian merenungku. Aduh...! Boleh terbelah dua badan aku macam ni! Tajamnya pandangan mata mama...!
           "Sekejap lagi papa turunlah tu. Be patient, please. Macam kamu sorang aje yang perlu cepat ."Aku menarik muncung. Heh! Orang tahulah...
          "Hah! Tengoklah tu...! Pantang cakap sikit... dia tarik muncung Donald Duck dia tu. Sekali mama potong muncung tu nanti... Baru tahu!" Mama berkata sambil menunjukkan sebilah pisau Victorinox yang digunakan untuk memotong roti. Toleh sekali, tak scary langsung. Toleh dua kali, boleh kecut perut aku melihatnya. Macamlah aku tak kenal dengan mama. Dia buat apa yang dia maksudkan!
              "Yelah..." Mengalah .
         Tiba-tiba papa muncul lalu duduk di kepala meja, tempat yang selalu dia gunakan apabila kami berada di ruang makan."Rin , sorry eh? Papa tak dapat hantar Rin pergi sekolah hari ni. Sekejap lagi papa kena bertolak ke JB. Papa dah call Uncle Musa, minta dia hantarkan Rin sekali dengan Danial. Sekejap lagi mereka sampai."
             Air susu yang baru mengalir masuk ke dalam mulut ke dalam mulut, menyembur keluar semula. Aduh... Haru! Pergi sekolah dengan Danial Haziq? Perangai kami yang tak ubah seperti anjing dengan kucing nak berkongsi kereta ke sekolah? Tak dapat dijangkakan  bagaimana perang kali ini akan meletus.
             "Astargfirullah hal azim... Kamu ni kenapa ,Rin? Sampai menyembur air susu tu. Pengotor betullah kamu ni!" Bebel mama. Aku tersenyum sumbing."Kak Mon, tolong ambilkan kain lap!" Arah mama kepada Kak Mon, pembantu rumah kami.
              Aku mengambil sehelai napkin yang tersusun kemas di sebelah pinggan lalu mengelap mulut. "Rin tak mahulah pergi sekolah dengan Abang Danial, papa... Rin pergi sekolah dengan mama ajalah. Boleh kan , mama?" Segera aku pandang muka mama. Inilah masanya aku praktikkan 'skill muka sepuluh sen'ku. Dah lama tak buat. Harap-harap masuk 'umpan'.
               "Tak boleh. Mama ada appointment dengan patient mama kejap lagi. Pergi ajalah dengan Uncle Mus tu . Rin kan dah biasa dengan dia." Aku mencebik .Huh! Dan tak jalan dah nampaknya skill aku tu.
                 "Rin memanglah dah biasa dengan Uncle Mus tu. Rin dah anggap dia macam papa Rin sendiri. Tapi bukan dengan Abang Danial. Papa dan mama tahukan perangai kami macam mana? Rin pergi dengan Myra ajalah, eh?" Rasa-rasanya Myra baru aja bertolak dari rumahnya. Sempat lagi kut kalau aku tumpang dia...
                   "Jangan nak mengada-ngada. Pergi ajalah dengan Uncle Mus tu. Jangan cari nahas dengan Danial sudah. Papa bukan tak kenal dengan kamu berdua ni, pantang bertembung... asyik berperang aja. Baik-baik akhlak tu, Rin . Jangan malukan papa dan mama."Papa memprotes sambil memberi 'tazkirah pagi'. Hmm... tak fasal-fasal dapat dengar tazkirah pagi-pagi begini...
                   "Yelah,yelah... Rin janji akan jadi budak baik pagi ni. Tapi... Tapi ,tau! Tapi! Kalau ... if...! Abang Danial mulakan perang dulu, Rin takkan teragak-agak nak isytiharkan perang. Okey?" Sengaja aku tekankan perkataan teragak-agak. Untuk makluman sesiapa... aku memang jenis yang pantang dicabar. Harap maklum! Mama dan papa hanya menggelengkan kepala.
                  "Ada- ada ajalah kamu ni, Rin. Papa pergi dulu. Bye! Assalamualaikum..."Mama pantas menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan papa. Usai sahaja mereka bersalaman , papa terus memeluk mama lalu mengucup dahi mama. Mesra. Alahai... Sweetnya mereka ni...
                 Hilang sahaja kereta papa dari pandangan mata, kedengaran hon kereta yang sangat kukenali dari luar. Mereka sudah sampai agaknya. aku bergegas menyandang beg dan mengucup tangan mama. Mengambil restu daripada mama agar ilmu yang akan kupelajari nanti akan lebih diberkati.

KENAPA semua orang daripada tadi asyik pandang aku semacam aja? Hodoh sangat ke aku hari ni sampai ada yang tersenyum-senyum? Ketawa pun ada... Dalam kekeliruan itu aku juga turut memanjatkan syukur kerana Danial tidak mengadakan perang hari ni... Kan bagus kalau macam ni selalu. Cuma yang peliknya ... dia tersenyum aja sampai sekolah. Sengihkan ape pun aku tak tahu... 
                 Aku berjalan masuk memasuki kelasku yang berada di blok paling belakang dengan hati yang serba tak kena. Kenapa dengan semua orang hari ni? Tersenyum -senyum. Sesiapa, tolong saya! Tolong beritahu saya kenapa semua orang macam ni hari ini!! Jerit hati kecilku. Myra, Aida, dan Lydia yang menyedari kehadiranku segera menerpa.
                 "Kau 'cuti' ke hari ni?" Myra bertanya separuh berbisik. Cuti? Aku kan sekolah hari ni. tu yang aku ada kat sini. Takkan tu pun lambat sangat nak pick up?
                 "Aku sekolahla tu yang aku ada kat sini. Agaklah weh... kalau nak tanya pun. Cubalah tanya soalan matured sikit. Ni tak... soalan budak darjah satu kau tanya aku."
                 "Hish! Kau ni...! Bukan cuti tula ...tapi cuti bulanan. ABC,ABC."Ujar Aida. Oh... Okey, aku faham.
                 "Tak adalah... Kenapa?"Riak wajah mereka berubah. Seperti simpati. Simpatikan siapa?
                 "Mari ikut kami..."Kata Lydia. Aku ditarik ke belakang kelas.Di situ terdapat sebuah cermin yang panjang. Belakangku dihadapkan ke cermin itu.
                 OH MY ALLAH!!! Rasa macam nak meraung aja kat sini. Macam mana benda ni boleh ada kat sini? Ada tompokan berwarna merah pekat di 'belakang'ku. Aku colitkannya sedikit di tanganku. Ambil bau. Sos tomato bercampur serbuk koko. Setahu aku masa aku pakai baju ni tak ada pulak benda ni kat sini. Takkanla Mak Mon nak sabotaj aku? Hish... Tak mungkin. Hah!!! Aku tahu ni kerja siapa! Siaplah kau!!!
                 "Kau okey tak ni, Rin?" Aida bertanya. Prihatin sekali.
                 "Hah! A... Aku o... Okey...." Nafiku. Argh!!! Malunya!!!
                 "Dah. Jom pergi tandas. Cuci benda tu. Aida, kau back up belakang. Aku dan Lydia back up tepi." Arah Myra. Yang lain hanya mengangguk. Mematuhi arahan itu.
                 "Kenapa aku rasa macam nak menangis tak berlagu ni? Mana taknya kalau aku nak menangis tak berlagu pun... Hampir satu sekolah lihat benda yang memalukan tu. Mana aku nak letak muka? Aku dahla pelajar terbaik dalam kelas 2 Anugerah yang terkenal dengan kepandaian pelajar-pelajar di kelas itu. Mahu satu sekolah kenal aku. Tak lama lagi pasti gempar satu sekolah!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Harap korang yang baik-baik belaka ni komen.
 
 
 
 
 
 
  

 
 
 
 
 
 

Sinopsis Waiting You, Mr.!

Mengisahkan seorang gadis kaya bernama Irina Aleesya. Mempunyai kekasih bernama Farid. Namun cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga. Kononnya, Farid tidak setaraf jika mahu digandingkan bersama Irina Aleesya. Semakin lama mereka bersama, semakin pelik kata-kata yang diucapkan Farid. Ini membuatkan Irina ragu-ragu dan gelisah memikirkan makna kata- kata yang diucapkannya. Dalam masa yang sama muncullah Danial Haziq, abang saudara angkat yang sudah dianggap abang kandungnya sendiri dan 'musuh' ketatnya sejak dari dia kecil.
                 "Kau ni 'terdesak' sangat ke sampai perlu terima aku?"-DANIAL HAZIQ
                           "Terdesak? Maksud awak?"-IRINA ALEESYA
                 "Yelah... terdesak... Tak ada ke mamat yang nakkan engkau sampai kau perlu terima aku?"-DANIAL HAZIQ
                 "Eh...! Helo!! Siapa yang terdesak sekarang ni? Kau ke ,aku? Bapak siapa yang masuk meminang siapa? Sedarla diri tu sikit. Kalau aku tak terima kau sekarang ni, mungkin kau akan jadi 'bujang terlajak'! Kalau bapak aku tak ugut nak beri kerusi CEO tu pada Ashraf, aku pun tak inginla nak kahwin dengan kau!"-IRINA ALEESYA
                 Irina Aleesya dipaksa untuk menerima Danial Haziq, dengan ugutan kerusi CEO syarikat akan diberi kepada Ashraf, sepupunya. Seperti insan lain, Irina Aleesya juga mahu merasai nikmat cinta dan bahagia. Namun dapatkah dia mengecapi bahagia itu jika berkahwin dengan Danial Haziq yang sudah dianggap abang kandungnya sendiri? Bagaimana pula dengan Farid? Jadi dia membuat keputusan akan tetap meneruskan cintanya bersama Farid walaupun dia sudah ada Danial sebagai tunangnya sehinggalah waktu untuk mereka berpisah tiba.
                Apa akan berlaku sekiranya Danial dapat mengetahui rahsia itu? Bolehkah Danial memaafkan Irina Aleesya? Dapatkah Irina memperoleh bahagia apabila bersama Danial? Dapatkah Irina mencintai abang saudara angkatnya sebagai seorang suami? Persoalan ini akan terjawab di dalam novel Waiting You, Mr.!  

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Insya-ALLAH kalau berpeluang, karya Waiting You, Mr.! akan diterbitkan pada masa yang akan datang
Harap korang komenla ye...